Pages

Sunday, January 12, 2014

Mujahadah DemiMu

1

                “Assalamualaikum.” Kedengaran suara Anna lembut memberi salam. “Waalaikumussalam.” Serentak akhawat menjawab ucapan salam itu. Anna segera mengambil tempat duduknya di dalam bulatan itu. Begitulah rutin hariannya setiap minggu, menghadiri usrah dan majlis-majlis ilmu, menambah ilmu dan iman di dalam diri yang tidak sempurna.

                Usrah mereka berterusan seperti biasa, mentadabbur Al-Quran, menyampaikan kalam2 Allah SWT utk memperingatkan sesama mereka akan tujuan kehidupan di dunia ini, sesekali diselangi dengan gelak ketawa, bergurau senda memperkuatkan ukhuwah. Selesai sahaja usrah mereka, Anna dicuit kakak naqibahnya, Kak Hanim.

“Boleh akak cakap dengan Anna jap?” Tutur Kak Hanim dengan perlahan. Anna mengangguk. Mereka bersalaman dan menunggu ahli-ahli usrah yang lain beredar pulang sebelum meneruskan perbualan.

“Kenapa akak? Ada masalah?” Anna tertanya-tanya.

Kak Hanim tersenyum. Dia senyap seketika memikirkan kata-kata untuk diucapkan.

“Sebenarnya macam ni, Anna. Sebelum akak cakap ni akak nak minta Anna jangan terkejut sangat. Semalam suami akak ada bercakap2 dengan akak. Katanya ada orang yang bertanyakan Anna.”

Anna mengerut kening. “Tanyakan Anna? Tanya pasal apa?” Tanya Anna, masih blur. Kak Hanim tergelak perlahan. Dia kelihatan janggal, tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan.

“Maksud akak, ada seseorang nak tahu, kalau2 Anna dah berpunya.” Perlahan2 Kak Hanim menutur ayat. 

Bulat mata Anna. Seketika dia terkesima. Kemudian dia gelak. Kak Hanim pula yang terpegun dibuatnya.

“Siapa? Anna? Berpunya? Hahahahha okay ini lawak. Awkward pun ye jugak.” Anna menggaru2 kepalanya. Ini kali pertama dia berbincang tentang perkara sebegini dengan Kak Hanim. Sebelum ini mereka hanya bercakap tentang perkara-perkara lain, tidak pula menjurus kepada bab-bab hati dan perasaan. 

Setelah berfikir sejenak, Anna menyusun kata.

“Sebenarnya Anna tak ada sesiapa pun. Entah lah, tak terbuka hati ni untuk terima lelaki lagi.”
Kak Hanim mengangguk faham.

 “Okay, akak sebenarnya nak sampaikan amanah je. Suami akak cakap orang yang bertanyakan Anna tu berhasrat nak jadikan Anna isteri. Itu pun kalau Anna sudi.”

Anna ternganga. Umurnya pun baru saja masuk 24 tahun, tak ada pulak dia terfikir untuk bersuami. Imannya juga dirasakan belum kukuh untuk membentuk diri sendiri menjadi isteri solehah. Mampu ke? Rasa hatinya itu disuarakan pada Kak Hanim. Namun, jawapan Kak Hanim menusuk ke hatinya.

“Dulu akak pun rasa macam tu bila suami akak melamar. Tapi banyak kali akak istikharah, buat solat hajat untuk minta petunjuk, berdoa sesungguh hati pada Allah supaya ditunjukkan jalan yang terbaik untuk akak. Lepas akak kahwin dengan suami, akak sedar bahawa Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang di belakang dan apa yang di hadapan kita. Kita mana nak tahu future kita macam mana. Hanya Allah yang tahu sebab tu kita kena minta dengan Dia. Akak tak minta Anna jawab sekarang. Anna fikir lah dulu.” Ujar Kak Hanim dengan senyuman manis yang seakan-akan memujuk.

Anna terdiam. Tetiba hatinya ingin tahu. “Apa nama dia kak?”

Kak Hanim senyum. “Mohd Farhan Naiim bin Ibrahim”


2

                Anna gelisah. Dadanya berdebar-debar sedari tadi. Rombongan dari pihak lelaki akan sampai dalam masa lebih kurang satu jam untuk berkenalan. Sejak pertama kali Kak Hanim memberitahunya tentang lelaki itu sebulan lepas, sudah berkali-kali dia melakukan istikharah. Berkali-kali juga dia meminta nasihat ibu-bapanya. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan lelaki itu. Mohd Farhan Naiim bin Ibrahim.

Hampir luruh jantungnya ketika kedengaran bunyi orang memberi salam dari luar. Anna dan ibunya Puan Kamaliah saling berpandangan. Masa terasa beku untuk beberapa saat. Lantas mereka tersedar. Berlari-lari Anna dan ibunya membawa diri ke dapur. Di dapur mereka ketawa sesama sendiri. 

Puan Kamaliah juga tidak kurang gelisahnya. Maklumlah Anna satu-satunya anak perempuannya. Ini juga kali pertama untuknya. Ditenung wajah anak sulungnya itu. Muka Anna sudah memerah. Mereka mencuri dengar keadaan di ruang tamu. Ayah Anna, En. Nizam membuka pintu untuk tetamu yang tiba. Kedengaran suara beberapa orang lelaki dan wanita bertegur sapa di luar.

Puan Kamaliah menepuk2 belakang Anna untuk memberikan semangat sebelum dia melangkah keluar menyertai suaminya menyambut tetamu. Tangan Anna sejuk. Darahnya boleh dirasakan mengalir pantas di salur darah di pergelangan tangan dan lehernya. Seberapa lama Anna menunggu di dapur dalam diam, Puan Kamaliah datang memanggilnya untuk keluar. Hampir menangis dia ketakutan. Tangannya menggigil mencapai dulang air yang sudah disediakan sejak tadi.  

‘Jangan terlepas dulang ni sudah.’ Bisik hati Anna. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke meja makan di ruang tamu, mengikuti langkah ibunya. Sampai di ruang tamu, dia masih belum mengangkat wajah. Namun, dia terkejut apabila di sapa oleh Kak Hanim. Dia tersenyum manis. Kak Hanim dan suaminya turut datang bersama rombongan. Setelah berkira2, Anna meneka rombongan itu terdiri daripada 5 orang, Kak Hanim, suaminya, lelaki itu dan juga kedua ibu bapanya. Anna menuang air perlahan-lahan untuk setiap tetamu. Setelah habis, dia bersalam-salaman dengan Kak Hanim dan seorang lagi tetamu wanita di sebelah kak Hanim. Itu pasti ibu kepada lelaki itu, Puan Hajar. Anna mengambil satu-satunya tempat yang masih kosong, di sisi ibunya, yang bertentangan dengan lelaki itu. Dia hanya nampak kelibat lelaki itu. Belum berani mencuri pandang.

“Manis orangnya.” Ujar Puan Hajar. 

Anna tersenyum malu. Pandangannya hampir menembusi meja di hadapannya. Keadaan senyap seketika. Boleh dirasakan pandangan mata semua orang terhadapnya. 

Anna akhirnya mengangkat pandangan. Matanya bertentang dengan mata lelaki itu. Sempat lelaki itu menitipkan senyuman. Mujur Anna tidak pengsan terkejut. Sepantas kilat matanya diturunkan. Serentak kedengaran gelak tawa semua orang. 

Anna menjerit malu dalam hati. ‘This is so embarassing. Allah. Allah. Malu. Maluuu.’ Anna berasa janggal tak terkira. Dia malu pada ibubapanya. Dia malu pada tetamu-tetamunya. Dia paling malu pada lelaki itu yang hanya tersenyum. Mungkin malu sepertinya juga.’ Anna tidak tahan. Dia bangun dan meminta diri ke dapur.

Anna berjalan hampir berlari menuju ke dapur. Di dapur dikipas-kipasnya wajah yang hangat di hadapan sink. ‘Malu. Malu sangat2 ni.’ Dia marah pada dirinya yang tidak boleh berlagak biasa. Namun ketika dirinya hampir bertenang, terlintas sesuatu di hati Anna. Lelaki itu! Dia pernah terlihat wajah lelaki itu sebelum ini. Tapi di mana? Sedang Anna berkonflik dengan dirinya sendiri, dia terdengar langkah dari belakang. Pantas dia berpaling lega kerana menyangka ibunya datang. Namun yang dilihatnya tidak membantu hati yang hampir berhenti kerana gemuruh. Mohd Farhan Naiim bin Ibrahim melangkah perlahan-lahan ke arahnya, teragak-agak.

“Assalamualaikum.” Ujar jejaka itu dari jarak 10 meter. 

Anna cemas. Hampir tidak terkeluar suaranya menjawab salam. Kemudian keadaan kembali sunyi, hanya kedengaran suara ibu bapa mereka sedang bersembang di luar. Mungkin sengaja memberi peluang untuk mereka berkenalan. Ibubapanya tahu, pasti Anna tak akan membuka mulut di hadapan begitu ramai orang untuk berbincang mengenai hati dan perasaannya.

Beberapa ketika dalam kesunyian yang terasa amat janggal, Farhan Naiim memulakan bicara. “Nama saya Mohd Farhan Naiim bin Ibrahim. Boleh panggil Farhan je.” Anna mengangguk. Senyap lagi. Farhan tak berputus asa. Akan dicubanya meraih perbualan dengan gadis itu. Sejak beberapa kali terpandang wajah gadis itu di majlis2 ilmu dan program2 yang dihadirinya sepanjang beberapa bulan yang lepas, hatinya tekad. “Anna tahu tujuan kami datang?” Anna mengangguk lambat-lambat. Senyap lagi.

Farhan mengeluh. Dia juga segan. Dengan berat dia menutur kata. “Baiklah. Biar saya berterus terang. Saya datang nak jadikan Anna isteri. Boleh Anna bagi tahu saya ciri-ciri lelaki yang Anna inginkan sebagai seorang suami? Saya akan cuba untuk penuhi, kalau Anna sudi untuk terima lamaran saya.”

Anna terpegun. ‘Amboi straightforwardnya. Coverlah sikit.’ Hatinya berdesis. 

Dia cuba menenangkan diri. Selalunya Anna bukan seorang gadis yang terlalu pemalu. Dia boleh sahaja bergaul dengan rakan-rakan lelaki lain seperti biasa, dengan batas-batas tertentu.  Mungkin kali ini kerana dia tahu arah perbualan mereka, jadi perasan segan datang dengan semulajadi.

“Kenapa saya?” Terluncur pertanyaan yang telah lama difikirkannya dari mulut Anna.

Farhan menjawab dengan berhati-hati. “Saya pernah nampak kelibat Anna sebelum ni. Maybe Anna tak perasan tapi beberapa kali kita terserempak di program2 untuk akh dan akhawat.

‘Owh patutlah macam pernah jumpa.’ Soalan Anna sebelum ini terjawab dalam hati.

Farhan meneruskan, “Sejak pertama kali saya nampak Anna, hati saya berdetik. Kemudian saya perasan Anna setiap kali kita terserempak. Masa tu, hati saya makin tekad. Jadi saya kumpul keberanian untuk bertanyakan suami Hanim. Saya dapat tahu Hanim tu kakak naqibah Anna. Kebetulan suami Hanim tu naqib saya.”

Farhan menelan airliur. Otaknya ligat mencari dan menyusun ayat. Segan dan gemuruhnya cuba ditenangkan seboleh mungkin.

“Umur saya dah 29 tahun. Dah lama saya simpan hasrat untuk beristeri, untuk bina keluarga, tapi hati saya belum terbuka untuk mana-mana gadis sampailah saya jumpa Anna. Saya rasa Anna mampu untuk jadi isteri yang baik, didik anak-anak saya dengan baik, jadi seorang isteri yang menyejukkan hati.”
Anna terkesima. Dia sendiri tidak yakin dengan kemampuannya tetapi lelaki ini kedengaran begitu yakin, begitu ikhlas untuk memperisterikannya. Lama Anna diam memikirkan hal ini. Farhan juga diam. Sabar menunggu jawapan Anna.

Akhirnya Anna membuka mulut. “Bagi saya masa seminggu. Kemudian saya akan beri awak jawapan.” Farhan hanya mengangguk. Walaupun dia panic, cemas untuk menahan perasan risaunya selama seminggu, dia bersetuju. Tidak mungkin dia memaksa Anna untuk memberinya jawapan sekarang. Jika ditolak, akan hancur luluhlah hatinya dengan harapan yang menggunung itu. Sebelum beredar keluar ke ruang tamu, Farhan menatap wajah menunduk Anna buat kali terakhir, cuba membaca reaksi gadis itu. Ketika itu hatinya berdetik satu doa, ‘Ya Allah jika dia untukku, permudahkanlah urusan kami.’


3

               Anna khusyuk berdoa dalam sujud terakhir istikharahnya. Masa seminggu sudah berakhir. Dia harus memberikan jawapan kepada Farhan. Sebaik sahaja selesai solat dan doanya, telefonnya berbunyi. Panggilan dari Farhan. Anna membaca bismillah sebelum menjawab panggilan itu. Di fikirannya sudah ada jawapan. Dia hanya mampu berdoa keputusan yang dibuat berdasarkan istikharahnya itu adalah yang terbaik untuknya dan Farhan.

“Assalamualaikum, Farhan.” Tersenyum Farhan mendengar suara lembut gadis itu. Walaupun hanya sekali mereka bertemu secara langsung, hatinya penuh dengan rindu, merana menanti jawapan sepanjang seminggu itu. “Waalaikumussalam, Anna. Sihat?”

“Alhamdulillah sihat. Awak sihat?” Mereka sekadar bertegur sapa dahulu.

“Saya pun Alhamdulillah sihat.” Setelah menjawab, Farhan diam. Anna tahu dia harus memberi lelaki itu jawapannya sekarang. Dengan penuh debaran dia memulakan.

“Sebelum saya bagi jawapan saya, saya nak tanya awak beberapa soalan. Boleh?” Farhan sekadar menjawab soalan Anna itu dengan “Emm.”

“Pertama, saya akan beritahu awak ciri-ciri seorang suami yang saya cari. Kemudian awak kena decide sama ada awak boleh penuhi ciri-ciri tu.”

“Okay.” Farhan menjawab pendek. Dadanya berdegup kencang.

Anna meneruskan. “Saya nak seorang suami yang boleh bimbing saya dunia akhirat, yang boleh imamkan solat saya sekurang-kurangnya sekali sehari, ataupun ajak saya ke masjid sama-sama. Seorang yang boleh faham bahawa saya ada tanggungjawab lain untuk dipenuhi, bahawa masa saya bukan hanya untuk dia, tapi juga untuk jalan dakwah. Seorang yang tak kisah kalau saya luangkan sedikit masa dari kehidupan seharian saya untuk hadiri usrah dan majlis ilmu. Awak rasa awak boleh?”

Farhan berfikir sebelum menjawab. “Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk jadi suami yang boleh bimbing awak dunia akhirat. Tentang imam solat dan pergi masjid sama-sama, itu pun salah satu impian saya. Dan tentang hak masa awak, saya pun nak minta kefahaman yang sama dari awak. Sebab saya pun perlu luangkan masa untuk jalan yang sama dengan awak, jadi saya rasa tak ada masalah, insyaAllah. Lagi?”
Anna tersenyum. Hatinya terasa jatuh sedikit demi sedikit pada lelaki ini. Rasa sayang itu mulai ada.

“Selain tu, saya nak minta sesuatu yang sangat penting.”

Farhan tekun mendengar.

Anna meneruskan bicaranya. “Saya nak awak berjanji untuk tak memperisterikan orang lain selagi saya masih isteri awak. Kalau awak nak jugak, lepaskan saya dulu.”

Farhan terdiam sebentar. Anna tertanya-tanya. ‘Eh, belum kahwin pun dah ada niat nak pasang lain ke?’

“Personally, saya rasa saya tak ada masalah. Saya tak rasa saya akan alami apa yang saya rasa dengan awak ni dengan orang lain. Tapi saya cuma risau, syarat awak ni tak mengharamkan apa yang halal? Maksud saya poligami.” 

Anna hampir tergelak mendengar soalan Farhan. Dia sudah ada jawapan untuk itu. Jawapan yang dipetik sebijik dari salah sebuah cerita Islamik yang berjaya menyentuh hatinya.

“Saya ikhlas tak mengharamkan poligami. Cuma saya teringin untuk jadi seorang isteri yang tak diduakan sepanjang hayatnya, macam Siti Khadijah, ataupun Fatimah Az-Zahra.”

Farhan tersenyum. Dia juga sebenarnya tekad untuk setia pada Anna jika gadis itu sudi mengahwininya. “Saya setuju Anna. Sekarang boleh saya dengar jawapan Anna?”

Anna tersenyum lebar. Dengan lafaz bismillah dia menjawab, “Ya, Mohd Farhan Naiim bin Ibrahim. Saya terima lamaran awak.”

4

                “Saya terima nikahnya Nurul Anna Fatrisha binti Mohd Nizam dengan mas kahwinnya 200 ringgit, tunai.” Maka sahlah Anna dan Farhan menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.

Anna mengangkat mukanya, bertentangan mata dengan lelaki yang kini telah menjadi suaminya, Farhan. Air mata jernih terasa bergenang di kelopak mata. Hati Anna sebak. Setelah tiga bulan cemas menunggu saat ini, kini dia ada tanggungjawab yang baru, untuk menjadi isteri yang solehah, yang taat kepada suaminya, yang mendahulukan suaminya sebelum segala sesuatu di dunia ini melainkan Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Anna cuba menghapuskan genangan air matanya ketika Farhan menuju ke arahnya untuk upacara membatalkan wuduk. Perlahan-lahan Farhan meraih tangan Anna untuk menyarungkan cincin belah rotan bertatahkan berlian kecil itu. Anna tunduk mencium tangan suaminya. Ketika itu, Farhan juga tunduk dan berbisik, “Terima kasih Anna, sudi jadi isteri abang.”

Air mata Anna menitis ke atas tangan Farhan tanpa sempat ditahan. Dahi Farhan berkerut. Dia segan untuk menyapu air mata isterinya di hadapan khalayak ramai. Dia hanya mampu mengelus lembut tangan Anna, tanda memujuk.

Majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar. Suasana begitu meriah dengan kehadiran rakan-rakan dan sanak saudara kedua-dua pengantin. Walaupun persediaan majlis ini hanya mengambil masa tiga bulan, namun Farhan dan Anna berpuas hati dengan majlis mereka. Mereka bersyukur segala urusan mereka telah dipermudahkan Allah.

Pertama kali Farhan melihat Anna dalam baju pengantin, hatinya berdetak lebih kuat dari biasa. Dia tekad, seumur hidupnya, dia hanya akan mencintai gadis ini. Anna pula, semakin lama semakin dalam perasaan cintanya terhadap Farhan. Segala perbuatan, percakapan dan tindak tanduk Farhan mencuit hatinya. Dia yakin, Farhan adalah kurnia Allah yang terbesar untuknya. Dia nekad untuk mati bersama gelaran isteri kepada lelaki itu, InSyaAllah.

Seharian ke hulur ke hilir melayan tetamu, Anna masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak. Selesai membersihkan diri, dia kaget apabila terserempak dengan Farhan yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik mereka. Itu kali pertama dia mendedahkan auratnya kepada lelaki selain muhrimnya yang lain. Farhan tersenyum. Hatinya juga tidak kurang debar.

“Cantik isteri abang.” Farhan berkata pendek, lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia juga harus bersiap dan menunaikan solat isyak. Keluar dari bilik air, dia terpegun mendengar alunan suara Anna membaca Al-Quran. Anna sudah siap berkain sembahyang, membentang sejadah, dan bertilawah sementara menunggu untuk berjemaah dengannya. Di saat ini, Farhan merasakan sesuatu yang luar biasa meresap masuk ke dalam seluruh salur darahnya. Kebahagiaan.

Anna kelam kabut menghentikan bacaan Quran di muka surat terakhir setelah menyedari kehadiran Farhan. Khusyuknya hilang. Dua tiga kali dia tersangkut menghabiskan bacaan. Farhan hanya tersenyum melihat kegelisahan isterinya itu. Tanpa perlu dijemput, dia berdiri di hadapan sebelah kanan Anna. Suaranya lunak mengalunkan bacaan dalam solat. Air mata Anna menitis lagi. Hatinya tersentuh. Deraian tangisnya bertambah laju mendengarkan bacaan doa suaminya setelah selesai solat.

“Ya Allah ya Tuhan kami. Kau panjangkanlah jodoh kami sehingga ke syurgaMu. Golongkanlah kami dalam golongan orang-orang yang beriman. Pisahkanlah kami hanya dengan kematian. Dan matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah. Jadikanlah aku seorang suami yang mampu membimbing isteriku. Dan jadikanlah isteriku seorang yang diredhaiMu.” Anna mengaminkan bacaan doa suaminya dengan hati yang penuh berharap, yang benar-benar ikhlas.

Setelah selesai bacaan doa, Anna mengucup tangan suaminya, dibalas dengan kucupan di dahi oleh Farhan. Farhan memulakan bicaranya sambil memandang tepat ke mata Anna.  Ibu jarinya menyapu lembut tangisan di kedua belah pipi Anna.

“First sekali, abang nak ucap terima kasih pada Anna sebab sudi kahwin dengan abang. Second, abang janji pada Anna dan pada diri abang sendiri yang abang akan cuba sedaya upaya untuk jadi suami yang baik, InSyaAllah.”

Anna mengangguk. Dengan sukar dia bersuara, “Anna pun akan cuba seboleh mungkin untuk jadi isteri yang abang redhai. Anna akan terima buruk baik abang dan Anna harap abang pun akan terima buruk baik Anna. Anna mungkin bukan wanita terbaik dalam dunia ni untuk abang, but I will do my best.” Air matanya tumpah lagi.

Entah mengapa air mata Anna begitu murah hari ini. Mungkin dia takut dengan perubahan statusnya itu. Mungkin dia begitu takut dengan tanggungjawab baru yang diterima. Mungkin juga kerana hatinya bertukar lembut dan rapuh apabila berhadapan dengan lelaki ini. Lelaki yang mampu mencuri hatinya dalam sekelip mata itu.

“Mulai hari ini, abang akan cuba fahami Anna. Dan moga rumah tangga kita akan kekal hingga ke syurga.” Anna mengangguk. “Aamiin.”

“Banyak betul isteri abang menangis hari ni. Jangan lah menangis lagi. Luluh hati abang tengok setiap titis air mata  Anna. I love you, Anna. I love you so much.” Farhan mengukir senyuman manis dan merenung mata isterinya. Anna terkesima.


5

Anna terkocoh-kocoh menyiapkan diri untuk mengikuti suaminya. Destinasi mereka dirahsiakan Farhan. Surprise, katanya. Farhan datang menjenguk di pintu kamar. Sebelah tangannya disandarkan ke dinding, bibirnya mengulas senyuman kecil melihat isterinya yang tergesa-gesa bersiap. Semakin hari berlalu, semakin kuat perasaannya pada Anna.

“Dah, dah. Anna dah siap ni. Abang pergi lah panaskan enjin dulu. Sibuk aje nak tengok orang bersiap kan.” Kelam kabut Anna melumurkan gincu sambil mengomel. Tudung labuhnya dibetul-betulkan. Farhan tergelak gelihati.

“Abang dah berkurun bukak enjin kereta tu. Memang pun, seronok tengok Anna resah. Comel. Macam lipas kudung.” Farhan mengusik.

Anna mencebik. “Lipas tak comel langsung.” Ketawa Farhan meletus. Anna berlari mengambil handbagnya lantas memaut tangan Farhan. “Jom!”

Mereka beransur ke destinasi yang dirahsiakan Farhan. Di dalam kereta Nissan Almera milik Farhan, mereka leka berbual.

“Abang tak ada usrah hari ni?” Anna bertanya. Farhan hanya menggeleng. Sebelah tangannya memegang stereng, sebelah lagi memaut jari jemari Anna. Anna hanya membiarkan. Dia bahagia diperlakukan sebegitu. Farhan seolah-olah tak ingin berjauhan dengannya walau sekejap sekalipun. Mereka benar-benar dilamun cinta.

“Usrah Anna semalam cakap pasal apa?” Anna tersenyum sebelum menjawab soalan Farhan itu.

“Usrah semalam cakap pasal tanggungjawab seorang isteri, menjadi pendamping di sisi suami dalam jalan menuju Allah, dalam usaha membina baitul muslim.” Farhan menjungkit kening kirinya dengan jawapan Anna itu.

“Interesting. So apa yang Anna dapat?”

“Ummm.. Kak Hanim cakap jadi isteri kena pandai ambil hati suami. Kena taat perintah suami selagi tak melanggar hukum Allah.”

Farhan tersenyum. “Betullah tu.”

Tiba-tiba Anna ingin menggedik. “Tapi bertuah kan abang dapat Anna jadi isteri. Dah lah comel, baik, taat, pendek kata best wife material lah!”

Farhan mencebik. Sengaja ingin berseloroh. “Bukan tu je, dah lah clumsy, pelupa, kelam kabut, kuat menangis... haa apa lagi.”

Anna menarik muka. Jari jemarinya ditarik dari genggaman Farhan. Dia berpeluk tubuh. “Fine.”
Farhan gelak terbahak-bahak. Dia tahu Anna bukan benar-benar merajuk. “Alaaa abang tak habis cakap lagi.” Tangannya kembali meraih tangan Anna untuk digenggam. “Tapi budak yang clumsy ni lah satu-satunya yang boleh cuit hati abang.”

Anna menahan senyum namun terlepas jua. “Tak payah konon romantik sangat lah kan abang. Cheesy sangat. Meremang lah.”

“Ek eleh meremang-meremang pun, cheesy pun, padahal suka je tu kan.” Farhan menjeling raut wajah isterinya. Anna buat tidak tahu. Sedaya upaya menahan gelak.

Seketika kemudian Farhan bersuara. “Anna, kalau kita ada anak, abang dah ada nama nak bagi.” Anna terlopong.

“Eh abang ni dah sebut pasal anak pulak. Kita baru je kahwin sebulan. Honeymoon pun belum  lagi.” Anna berkata tanpa berfikir panjang.

Farhan mengerling Anna. “Tak sabar eh nak honeymoon dengan abang?” Dia tersengih mengusik.
Sekali lagi Anna menarik tangannya. Mukanya yang hangat cuba disembunyikan.

“Eh Anna pulak. Hari tu siapa yang merajuk bila Anna cakap Anna dapat cuti 3 hari je, tak sempat honeymoon?”

“Eh mana ada abang merajuk.” Farhan cuba mengelak.

“Eleh dah tu siapa yang tak contact Anna seharian lepas Anna cakap macam tu seminggu before kahwin? Kalau tak tiap dua jam nak tanya khabar..”

Farhan tersengih kerang busuk. Memang dia mengaku, sejak sebelum kahwin hatinya gelisah merindu Anna. Sebaris mesej pendek dari Anna sudah mampu membuatkan dia tersenyum lebar, termasuklah walau hanya sebaris jawapan salam.

Tidak lama selepas itu, Farhan menghentikan kereta. Dia berpaling senyum pada Anna. “Ini hadiah abang pada isteri abang. Abang harap Anna akan suka.” Anna tertanya-tanya namun dia hanya mengikuti langkah Farhan yang memimpinnya memasuki sebuah bangunan yang cukup dikenali. Lembaga Tabung Haji.

6

Sebulan telah berlalu sejak Anna menitiskan air mata di hadapan Farhan atas hadiah pemberian suaminya itu. Esok mereka akan berangkat ke kota suci Mekah untuk menunaikan umrah. Dua minggu kemudian, mereka akan berbulan madu di sekitar Eropah dan melawati tempat-tempat sejarah Islam seperti Andalusia, Cordoba dan sebagainya. Dalam perjalanan pulang mereka akan singgah ke Mesir dan negara-negara Arab lain. 

Anna begitu bersyukur dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Farhan. Segalanya telah dirancang sebelum perkahwinan mereka. Dia benar-benar tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan penghargaannya terhadap layanan suaminya itu. Dia hanya mampu berjanji pada diri sendiri untuk menghabiskan seumur hidupnya menyayangi lelaki itu.

Farhan melabuhkan punggung di sebelah isterinya yang sedang mengelamun. “Sayang fikir apa?”
Anna tersentak. Dia tersenyum menatap wajah jernih suaminya. Dia meraih dan menggenggam tangan Farhan diantara celah jari jemarinya. Kepalanya disandarkan ke bahu Farhan.

“Anna tengah fikir betapa Anna sayangkan abang, Anna tak sanggup hidup walau sehari pun tanpa abang.”
Farhan tersentuh. Nada lembut Anna menusuk hati. Dia mengangkat tangan Anna lalu mengucupnya. 

“Abang pun sama. Kalau boleh abang tak nak pergi kerja pun, abang nak tengok muka Anna je memanjang.” Kata Farhan berseloroh dalam serius. 

Anna tergelak kecil. Dia senang dengan setiap kata dan perbuatan Farhan.

“Esok bila dah sampai Mekah, Anna nak doa depan Jabal Rahmah untuk panjangkan jodoh kita. Walaupun kita habis jodoh di dunia, Anna nak doa kita jumpa di syurga.”

Farhan berpaling melihat isterinya. “Habis jodoh di dunia?”

Anna senyum dan mengelus lembut tangan suaminya. “Ye lah, kalau kita mati tak sama, maksudnya habis jodoh kat dunia lah kan. Tapi kalau macam tu, Anna nak mati dulu sebelum abang.”

Farhan mengerutkan dahi. Belum sempat dia bertanya, Anna sudah menjawab. “Sebab kalau Anna mati dulu, Anna tak payah menangis sebab abang. Anna rasa Anna tak kuat nak terima pemergian abang before Anna.”

Bertambah hebat kerutan Farhan. “Habis tu Anna ingat abang tak derita kalau Anna pergi dulu?”

Anna senyum. Dia tahu lelaki itu benar-benar sayangkannya. “Anna tahu. Tapi Anna benarkan abang kahwin lain lepas Anna pergi. At least boleh ubat luka abang. Seronok tak? Haha. Anna tak boleh kahwin lain kalau abang pergi dulu... Sebab Anna nak mati, nak jumpa abang kat syurga nanti dengan gelaran isteri abang, bukan isteri orang lain...” Anna tersengih, namun dia benar-benar maksudkan kata-katanya.

Farhan melepaskan tangannya dari genggaman Anna. “Abang tak suka cakap pasal ni.” Lantas dia bangkit keluar dari kamar mereka. Anna tersentak. Marahkah suaminya itu? Kelam kabut dia berlari mengejar langkah Farhan. Selama dua bulan perkahwinan mereka, tidak pernah Farhan berkelakuan begitu. Dia cemas.

Dia mengintai kelibat Farhan di dapur. Tiada. Dia lihat pula di ruang tamu. Juga tiada. Anna lega apabila melihat Farhan sedang duduk di buaian di luar rumah, diam mengamati suasana sekeliling. Perlahan-lahan Anna duduk di sebelah Farhan. Tangan suaminya dicium tanda meminta maaf. Farhan senyap. Anna makin gelisah.

“Abang, jangan macam ni please. Anna minta maaf lah. Abang maafkanlah Anna. Kalau tak, nanti abang nak ke Anna mati jadi isteri derhaka haa? Nanti tak boleh jumpa abang kat syurga..” Anna bersuara sayu.
Farhan senyap lagi. Tangannya dibiarkan dalam genggaman Anna.
“Abang....” Anna bersuara hampir merayu.

Farhan berpaling menatap wajah isterinya. Dia mengeluh. “Abang tak marah.” Riak mukanya makin mengendur. Sebelah tangannya meraih bahu isterinya sebelum dia menyambung. “Abang cuma takut kalau apa yang Anna cakap betul-betul jadi. Anna ingat abang boleh ubat luka abang senang-senang dengan kahwin lain? 1000 perempuan lain pun belum tentu boleh tanding cinta abang kat Anna tau. Anna terlalu pandang rendah pada perasaan abang.”

Anna sebak. “Anna minta maaf, abang. Anna tak bermaksud macam tu. Okay Anna tarik balik doa Anna. Anna just akan doa kita hidup bahagia dunia akhirat, okay?” Matanya berkaca melihat ketulusan si suami yang benar-benar mencintai dirinya yang tidak seberapa itu. Farhan mengucup dahi Anna. Entah mengapa dia tiba-tiba begitu mengambil hati dengan kata-kata Anna tadi.

“Dah lah. Anna jangan cakap pasal tu lagi. Soal jodoh ajal maut semua di tangan Tuhan. Biar Dia yang tentukan.”

Anna mengangguk laju.

“Anna dah habis kemas barang kita ke? Sorry lah abang tak tolong. Busy sangat kat office semalam nak habiskan kerja before cuti panjang.” Farhan kembali bersuara ceria. Anna tersenyum. Dia bersyukur rajuk suaminya tidak lama.

7



‘Alhamdulillah.’ Anna mengucap syukur di dalam hati setiap hari. Hari ini sudah genap seminggu Anna dan Farhan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Perasaan Anna berasa begitu tenang dan rapuh ketika berada di sini. Setiap masa airmatanya tumpah mengingati Allah. Bibirnya tidak lekang mengucapkan puji-pujian kepada Allah. Sekarang dia sedang berada di hadapan jabal rahmah di Arafah, tempat penyatuan Adam dan Hawa sejak permulaan kehidupan manusia di bumi dahulu.

Dia berdoa di sini, untuk dipertemukan kembali dengan suaminya di syurga kelak. Dia berdoa agar mereka akan dibangkitkan bersama-sama di dalam golongan orang-orang yang beriman. Sedang dia berdoa, terlintas di fikirannya akan kata-kata Farhan pada suatu ketika.

“Anna, kalau kita ada anak, abang dah ada nama nak bagi.”

Anna tersenyum. Dia lupa untuk bertanyakan nama yang difikirkan oleh Farhan pada ketika itu. Dia tidak lupa berdoa agar mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang akan membesar menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa, seperti ayahnya, InSyaAllah. Anna tersenyum lagi.

“Assalamualaikum.” Sapa satu suara dari belakang Anna. Senyuman Anna mati. Dia berpaling. Bibirnya kembali merekah senyuman melihat suaminya di belakang, tersenyum manis ke arahnya. Dia hampir mencium tangan suaminya sebelum dia sedar bahawa dia masih perlu memelihara wuduknya. Farhan faham. Dia hanya berdiri dengan jarak satu meter dari isterinya itu.

“Anna doa apa?” Farhan bertanya mesra.

“Abang rasa?”

“Entah. Tapi Anna nak tahu abang doa apa?” Farhan berteka teki.

Anna hanya menjungkit kening sedikit.

“Supaya kita dapat anak cepat2.” Kata Farhan tersengih-sengih. 

Anna tergelak. “Anna pun sama. Aamiin.” 

Farhan riang mendengar jawapan Anna. Dia menyangka Anna masih belum bersedia untuk mempunyai anak. Maklumlah, mereka baru sahaja dua bulan berkahwin. Mereka saling mengenali pun hanya beberapa bulan sebelum kahwin. Mereka masih dalam proses lebih mengenali dan memahami diri masing2.

Mereka senyap seketika, memerhati orang-orang di sekeliling mereka. Ramai jemaah yang sedang berdoa di Jabal Rahmah, mungkin mendoakan jodoh untuk anak-anak dan cucu mereka. Mungkin juga untuk diri mereka sendiri. Anna memecah kelekaan Farhan memerhatikan suasana sekeliling.

“Hari tu abang cakap abang dah ada nama untuk anak kita nanti. Apa nama dia?” Anna bertanya lembut.

Farhan mengukir senyuman. Masih ingat rupanya Anna akan kata-katanya tempoh hari. 

“Haah. Abang dah fikir masak-masak. Anak pertama kita mesti akan guna nama tu. Muhammad Darwish Solehin bin Mohd Farhan Naiim.” Riang Farhan menuturkan nama itu. Anna geli hati melihat telatah Farhan. Ingin benar dia akan seorang anak.

“Amboi panjangnya nama abang bagi. Letih je nanti tangan dia nak tulis nama.” Anna berseloroh.

Farhan menggaru kepala. “Panjang sangat ke? Ala okay je kot. Abang dulu pun letih jugak tulis nama sendiri. Haha.”

Anna menggeleng kepalanya sambil tergelak. “Kalau perempuan?”

Farhan diam sejenak. Nampak sangat berharapkan anak lelaki je. “Hmmm lupa pulak pasal tu hehe. Kalau anak perempuan nak Nurul Darwisha Solehah binti Mohd Farhan Naiim lah.”

Anna tersenyum senang. “Apa maksud nama tu?”

“Darwish maksudnya warak. Solehin maksudnya Soleh lah kan.”

“Eh, Darwish maksudnya warak? Anna tak tahu pun. Ingatkan nama ala-ala omputih gitu.”

“Haah.” Farhan tersenyum manis. “Abang nak anak-anak kita jadi anak yang soleh, solehah, yang taat pada perintah Allah.”

Anna merenung mata suaminya. Dia berharap anaknya nanti akan menyerupai suaminya itu. Farhan membalas renungan isterinya. Mereka berpandangan tanpa suara. Saling menghargai kehadiran satu sama lain di dalam hidup mereka. Tidak lupa juga untuk menitipkan kesyukuran pada Yang Maha Berkuasa yang mempertemukan mereka.


8


“SubhanAllah!” Anna tidak mampu menyembunyikan rasa tertegunnya ketika menziarahi bumi Andalusia yang pada suatu masa dahulu pernah menjadi Empayar Islam itu. Suhu pada ketika itu mencecah belasan darjah celcius namun Anna terlalu jatuh hati dengan bumi Spain itu dan lupa akan kesejukan yang menembusi kulitnya. Farhan mengeluarkan baju sejuk dari bagasi mereka di dalam bas rombongan dan menyelimutkan isterinya yang kelihatan teruja itu. Dia senang hati melihat isterinya gembira.

“Anna suka tempat ni?” Farhan bertanya. 

Anna mengangguk pantas. “Suka. Suka sangat-sangat. Terima kasih abang, bawa Anna datang tempat ni.” Anna tersenyum sambil memaut erat lengan suaminya.

Farhan tergelak dan membawa Anna melawat persekitaran tempat bersejarah itu. Dulu ketika menyambung pelajaran di Ireland, dia kerap melawat tempat-tempat bersejarah ini. Dia ingin berkongsi pengalamannya bersama isteri tercinta.

Seharian mereka berjalan-jalan mentadabbur alam beserta binaan-binaan bersejarah di Andalusia. Sebelum perjalanan mereka tamat, Farhan membawa Anna untuk berehat di salah sebuah bangku di taman berdekatan.

“Anna tunggu sini kejap, abang pergi sana nak beli air, okay?” Farhan mencuit pipi isterinya.
Anna mengangguk mesra. Dia juga sudah tidak larat untuk berjalan. Dia ingin meregangkan otot kaki yang sudah terasa longgar.

Ketika menunggu suaminya, Anna didatangi seorang budak kecil yang sangat comel. Dia tersenyum-senyum ke arah Anna sambil melambai-lambai. Hati Anna tercuit. Dia melambai kembali. Budak kecil itu melepaskan tangan ibunya dan berjalan terkedek-kedek ke arah Anna. Anna menggamit.

“Hello there.” Lunak suara Anna menyapa budak kecil itu. 

Budak kecil itu tersenyum, menyerlahkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Anna mengetap bibir menahan geram. ‘Comelnya!!’ Anna asyik bermain-main dengan budak kecil yang mencuit hati itu hingga tidak perasan tingkah lakunya diperhatikan oleh Farhan dari jauh. Lelaki itu tersenyum. Dia menyangka cintanya pada Anna tak mungkin akan bertambah lebih dari sedia ada. Ternyata dia silap.

Farhan menghampiri isterinya dengan dua gelas air soda di tangan. Dia meletakkan gelas tersebut di sebelah isterinya dan melutut sebelah kaki di hadapan budak kecil yang comel itu. Ibunya hanya tersenyum melihat, membiarkan anaknya bermain dengan dua pengunjung bumi Andalusia itu.

Hati Anna turut tercuit melihat telatah Farhan yang langsung tidak kekok bermain dengan budak kecil. Dalam diam hati kecilnya berkata, ‘We are going to have a happy family.’ Kini, dia yang tidak sabar untuk mempunyai seorang anak.

Setelah sampai ke hotel penginapan mereka, Anna meluahkan isi hatinya yang terpendam sedari tadi. “I think you’re gonna be a good father.”

Farhan tersenyum kecil dengan pujian isterinya dan membalas. “I don’t know about me, but YOU will definitely be a good mother. You are already a good wife. The one I can’t live without.” Anna tersenyum. Dia bahagia.

Percutian mereka hampir tamat. Setelah beberapa hari di Andalusia, mereka menghabiskan masa mereka di serata tempat di Spain. Esok mereka akan berangkat ke Mesir dan negara-negara Arab yang lain, menjelajahi peninggalan sejarah dan para Rasul. Percutian ini membawa seribu erti bagi Anna. Dia tekad, satu hari nanti, mereka akan kembali ke tempat2 yang mereka lawati ini.


9



“Allah! Lupa!” Anna menepuk dahinya. Dia lupa untuk mengambil dokumen penting di tingkat atas. Hari ini hari pertama Anna memulakan kerja setelah cuti bulan madunya. Dia kelam kabut menyiapkan kertas kerja yang harus dibentangkan esok. Terlalu banyak rasanya kerjanya yang tertangguh akibat percutian tempoh hari. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

“Sayang, abang kat bawah ni.” Anna tertegun mendengar suara Farhan. 

Spontan matanya mengerling jam di tangan. Sudah pukul 6! Sejak perkahwinan mereka, setiap hari Farhan akan menghantar dan menjemput Anna pulang dari kerja. Kebetulan pejabat mereka melalui jalan yang sama, jadi Anna tidak terlalu keberatan dengan perbuatan suaminya itu.

“Kejap abang. Anna tak sedar dah lewat. Anna turun sekarang.” 

Terkocoh-kocoh Anna bersiap-siap untuk pulang. Nampak gayanya, dia harus menyiapkan kertas kerjanya di rumah. Sebelum menutup laptop, Anna sempat tersenyum melihat wallpaper desktop yang dihiasi gambar-gambar percutian dia dan suaminya.

Dia cepat-cepat memastikan semua barang tidak tertinggal dan menutup handbag barunya, hadiah pemberian Farhan yang dibeli ketika di Spain. Dia senyum lagi. Bahagia betul dia kebelakangan ini. Walaupun stress dengan kerja, setiap ingatan terhadap suaminya menghalau segala tekanan yang dihadapi.

Keluar sahaja dari lobby, Anna tercari-cari kelibat suaminya. Dari jauh kelihatan Farhan melambai, turut berjalan menuju ke arahnya, untuk membantu mengangkat beg laptop. Farhan sentiasa begitu. Walaupun kecil, dia sentiasa ingin meringankan beban Anna. Sekali lagi Anna bersyukur dalam hati.

Hanya lebih kurang dua ratus meter dari Farhan, Anna melihat perubahan di wajah Farhan. Dia seperti melihat sesuatu dari sebelah kiri Anna. Anna berpaling. Tanpa sempat otaknya bekerja, dia dirempuh oleh seorang lelaki tegap berpakaian hitam bersama topi lusuh berwarna biru tua. Lelaki itu cuba merentap beg tangan Anna beserta beg laptopnya. Entah mengapa, Anna tetap mempertahankan barang-barang kepunyaannya tanpa berfikir. Dia memegang dengan begitu kuat dan menarik kembali tali beg tangan yang cuba direntap. Dalam keadaan pergelutan itu, mata Anna sempat menangkap tingkah lelaki itu yang panik dan mengeluarkan pisau dari poket seluarnya. Pisau itu diangkat tinggi-tinggi seolah ingin dibenamkan ke dada Anna.

Anna menutup mata. Hatinya pada ketika itu terdetik. 

‘Aku tak nak mati lagi. Aku nak teruskan kehidupan dengan abang. Aku nak lahirkan seorang anak untuk abang. Allah, selamatkan aku.’

Keadaan sunyi sepi buat seketika ibarat waktu telah dibekukan. Anna terhempas kuat ke lantai.

Satu saat...

Dua saat...

Anna membuka mata perlahan-lahan. Apa yang dilihatnya pada ketika itu tidak mungkin akan terlupus dari ingatannya seumur hidup.


10


Lelaki perompak itu kelihatan cemas. Tanpa meneruskan cubaannya mencuri barang-barang Anna, dia melarikan diri dengan sekuat hati. Mata Anna tertangkap kelibat security guard bangunan pejabatnya dan orang awam yang berlari mengejar lelaki itu. Namun mata Anna tidak dapat dialihkan dari hadapannya. Farhan sedang memeluknya erat bagai tidak mahu dilepaskan. Pelukan itu terasa begitu kejap hingga menyakitkan.

“Abang..”

Anna membalas pelukan Farhan. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu di tangan kanannya yang menyentuh belakang Farhan.

Basah!

Anna pusing. Otaknya ligat memproses keadaan yang berlaku. Perlahan-lahan kenyataan datang menusuk ke otak dan jantungnya. Dia menoleh ke arah kiri dan kanan. Dia dalam keadaan terbaring di lantai. Dihempap oleh tubuh Farhan.

“Ab.. abangg..” Suara Anna terketar-ketar. Perlahan-lahan suara cemas orang ramai yang mula berkerumun menyentuh telinga Anna. Dia menggigil ketakutan.

Tubuh berat Farhan yang menghempapnya menyukarkan Anna untuk bergerak. Dia terkaku seketika. Kemudian dia cuba untuk melepaskan dirinya dari pelukan Farhan. Dia ingin lihat dengan jelas apa yang terjadi.

Orang ramai yang melihat kelakuan Anna itu cepat-cepat membantu untuk mengalihkan tubuh Farhan dengan berhati-hati, risau akan memburukkan lagi keadaan. Sebaik sahaja mempunyai ruang, Anna bangkit untuk duduk. Kepala Farhan direbahkan kembali ke atas pahanya. Sekarang Anna dapat melihat dengan jelas. Darah berlumuran di tangan dan bajunya. 

Dia panik.

Dia benar-benar panik.

Tangannya yang berlumuran darah menyentuh-nyentuh wajah Farhan. Seolah-olah cuba untuk membangunkan Farhan dari tidur.

Dadanya terasa memberat. Dia makin terdesak. Mulutnya tidak berhenti-henti memanggil Farhan. 

Tidak lama kemudian, tangan Farhan bergerak perlahan, begitu perlahan, mencari tangan isterinya. Sepantas kilat Anna menyambar tangan suaminya itu. Hatinya lega sedikit. Air mata sudah mula membasahi pipi.

“Abang tunggu ya. Abang sakit ke? Abang tunggu kejap je lagi ambulans sampai. Kejap je. Abang tahan ya.”

Anna cuba memujuk Farhan dalam derai tangisnya. Ketika itu dia boleh memberi apa sahaja untuk berkongsi sakit yang dialami Farhan ketika itu. Mujurlah orang ramai yang berkerumun memberitahu mereka sudah menelefon pihak ambulans.

Anna menangis lagi. Tangan Farhan dikejap erat. Wajah Farhan yang berkerut kesakitan dan dipenuhi lumuran darah itu disapu dengan hujung tudungnya yang masih belum terkena darah.

Dalam tangisan, Anna meminta bantuan orang ramai untuk memegang suaminya. Dia pantas mengoyakkan sebahagian tudung labuhnya. Dia sedar, bahagian belakang Farhan masih mengalirkan darah. Dia risau. Tempat tikaman itu begitu hampir dengan jantung Farhan. Dia harus menghentikan aliran darah dengan apa cara sekalipun.

Dengan bantuan orang ramai, Anna membalut dada suaminya dengan sebahagian tudung yang dikoyakkan itu. Luruh hatinya apabila Farhan yang sudah tidak mampu bergerak itu mengerang kesakitan. Berkali-kali dia teresak meminta maaf. Setelah selesai, dia kembali memaut tubuh Farhan di atas ribanya. Digosok-gosok badan Farhan yang semakin sejuk. Hatinya tidak putus berdoa, mulutnya tidak berhenti memujuk Farhan supaya bertahan.

Bunyi ambulans dari kejauhan ibarat satu keajaiban untuk Anna. Paramedic tergesa-gesa datang mengangkat Farhan ke atas stretcher untuk dimasukkan ke dalam ambulans. Setelah Farhan dialihkan, Anna segera bangun untuk mengikuti suaminya. Namun, terjelepok Anna jatuh ke lantai. Kakinya tidak dapat dirasakan. 

Beberapa orang wanita berhampiran yang bersimpati membantu Anna untuk masuk ke dalam ambulans.

Di dalam ambulans, Anna kembali mengusap tangan dan wajah Farhan. Air matanya tidak diendahkan. Dia hanya menyapunya apabila air mata itu dirasakan mengganggunya dari melihat wajah tulus Farhan. 

Dalam perjalanan ke hospital, Anna melihat kelopak mata Farhan kembali bergerak sedikit. Harapan di hati Anna semakin menggunung. “Abang please abang. Anna tak boleh hidup tanpa abang...”

SEKIAN, TO BE CONTINUED... NEXT WEEKEND.